Pencinta Si Bulu Wajib Kunjungi Kafe-Kafe Sekitar Selangor Ini - Kafe Kucing!

By Lucas’s friend - 17 Apr 2024

Bukan ‘pencinta si bulu’ sejati nama nya kalau anda tidak pernah mengunjungi kafe kucing walau sekali dalam hidup. Tak tahu kafe kucing mana untuk dikunjungi? Jangan risau! Sebab saya akan senaraikan kafe-kafe kucing yang terbaik sekitar Selangor. Alang-alang membelai si bulu comel, anda juga boleh mengisi perut kosong dengan hidangan yang enak. Makanan mesra kucing pun ada tau. Yang pasti, anda  akan tinggalkan kafe-kafe kucing ini dengan senang hati. Jadi buat warga Selangor dan sekitarnya, jom kita tengok senarai kedai kucing yang berdekatan anda!

1. MAO CATFE

Credit by: Instagram- @maocatfe

Mungkin ada sesetengah daripada pencinta si bulu, tidak pernah membelai jenis kucing yang lain selain kucing di rumah anda sendiri. Inilah masanya! Di Mao Catfe mempunyai berbagai baka rakan berbulu comel yang boleh anda belai sambil menikmati hidangan ringan seperti pemanis mulut, teh dan kopi di kafe mereka. Selain daripada mempunyai estetik yang cantik, kafe ini juga kelihatan sangat kemas dan bersih.

Mao Catfe mempunyai hampir 30 ekor kucing comel berbagai baka seperti kucing Parsi, British Short Hair, Ragdoll, Devon Rex dan lain-lain. Tidak hanya itu, mereka juga menawarkan aksesori penjagaan  untuk si comel. Bayaran masuk bagi kanak-kanak bawah 12 tahun adalah RM15 untuk setengah jam dan RM30 untuk sejam penuh. Manakala, bagi harga dewasa adalah RM30 untuk setengah jam dan RM50 untuk sejam penuh.

Lokasi  No 6-1 Kompleks Komersil Akasa Jalan Akasa, Akasa Cheras Selatan, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi Selasa-Jumaat (12 tengah hari sehingga 7 petang)
Sabtu-Ahad (12 tengah hari sehingga 9 malam)
ISNIN TUTUP

 

2. YUGI CAT CAFE

Credit by: Instagram- @yugicatscafe

Jika anda seorang yang mengasingkan kawasan makan dan tempat bermain kucing anda, inilah kafe yang sepatutnya anda kunjungi. Mempunyai dua bahagian di dalam kafe yang mengasingkan tempat makan dan juga tempat bermain kucing. Ini adalah bonus buat rakan anda yang takut akan kucing untuk ikut serta, tanpa risaukan kucing berkeliaran di kawasan kafe.

Tagline Kafe Yugi Cat “makan sambil healing” sangat membuka hati saya sebagai pencinta kucing. Terutamanya untuk anda yang mahu menghilangkan tekanan, ini adalah tempat yang wajib dikunjungi.  Dipenuhi dengan kucing-kucing comel gebu, sangat menggeletek hati!

Kafe ini juga menjual pemanis mulut yang jarang kafe kucing lain tawarkan seperti, berbagai jenis kek, waffle, ice blended dan sebagainya. Selain itu, mereka juga menyediakan makanan-makanan berat seperti chicken chop, spaghetti, homemade burger dan lain-lain.

Bayaran masuk tidak dikenakan disini, hanya perlu berbelanja minima RM20 di kafe mereka dan anda sudah boleh de-stress membelai si comel.

Lokasi  S-02-13, EMPORIS, Persiaran Surian Seksyen 3, Taman Sains Selangor, 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi Isnin, Selasa, Khamis (12.30 tengah hari sehingga 9.30 malam)
Jumaat (2.30 petang sehingga 9.30 malam)
Sabtu-Ahad (11.3o pagi sehingga 9.30 malam)
RABU TUTUP

 

3. PUCHI MARRY CAT CAFE

Credit by: Website – www.puchimarry.my

Masuk sahaja ke Puchi Marry, anda akan disambut oleh kucing berbaka British Short Hair, Scottish Fold dan beberapa baka kucing comel yang lain. Kalau anda tidak terlalu lapar dan sekadar nak memenuhi masa dengan menghilangkan stress bersama kucing, Puchi Marry adalah tempat paling tepat!

Lot kedai Puchi Marry yang terletak di dalam mall, memberi akses mudah kepada pengunjung untuk parkir. Selain daripada itu, pengunjung juga boleh ke lot kedai yang lain selepas habiskan masa bersama kucing. Puchi Marry juga menggalakkan anda untuk mengambil gambar kucing, membaca buku disamping kucing-kucing comel, dan juga membuat siaran langsung di media sosial anda. Selain daripada tempatnya yang sangat luas, kafe ini juga sangat estetik di setiap sudut untuk anda bergambar.

Puchi Marry mempunyai dua cawangan, iaitu di Lalaport Bukit Bintang dan IOI City Mall Putrajaya. Namun, disini hanya menawarkan beberapa jenis minuman yang disertakan sekali dalam bayaran masuk. Hanya cawangan di Lalaport ada menawarkan beberapa jenis kek. Bagi makanan kucing pula dijual pada RM9.

Bayaran masuk pula adalah sama bagi dewasa dan kanak-kanak. Bayaran nya hanya RM30 bagi 30 minit pertama dan RM6 untuk setiap 10 minit yang seterusnya. Bagi akses penuh sehari pula adalah RM70.

Lokasi 

LALAPORT BUKIT BINTANG-- L4-05, Mitsui Shopping Park LaLaport BUKIT BINTANG CITY CENTRE, Bukit Bintang City Centre, No.2, Jalan Hang Tuah, 55100 Kuala Lumpur

IOI CITY MALL-- L3-233&234, IOI City, Lbh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Selangor

Waktu Operasi Dibuka pada setiap hari (10 pagi sehingga 10 malam)

 

Sedang mencari barangan buat si comel tersayang dengan harga berpatutan? Anda boleh lawati kedai-kedai barangan haiwan peliharaan terbaik sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, di sini.

 

4. CATS AND YOU CAFE

Credit by: Instagram - @catsandyoucafe

Nak buat sesuatu yang istimewa buat si bulu kesayangan anda? Inilah tempatnya! Selain daripada menawarkan khidmat sebagai kafe kucing, Cats And You Cafe juga menawarkan perkhidmatan majlis sambutan harijadi dan ‘fine dining’ buat rakan berbulu kesayangan anda. Dipenuhi dengan warna-warni sambutan hari jadi dan berbagai jenis kucing comel, pasti menyenangkan hati! Apatah lagi melihat keletah si comel ini. Hubungi saja pihak Cats And You Cafe untuk tempahan sambutan hari jadi atau ‘fine dining’ buat si gebu tersayang anda.

Cafe kucing ini bukan sahaja hanya menyediakan makanan buat manusia, tetapi juga makanan mesra kucing. Menu-menu mesra kucing ini juga menarik antaranya sup, macarron, tat telur, mi dan yang akhir sekali adalah kek untuk si bulu comel anda. Tetapi diingatkan, kek ini perlu ditempah dahulu beberapa hari awal ya. Kafe ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk.

Jadi buat warga pencinta kucing yang tinggal sekitar Puchong atau akan ke Puchong, boleh kunjungi kafe kucing ini di lokasi seperti berikut:

Lokasi  29, 1, Jln Metro 1, Bandar Metro, 47160 Puchong, Selangor
Waktu Operasi Isnin-Khamis (10 pagi sehingga 7 petang)
Sabtu-Ahad (11 pagi sehingga 8 malam)
JUMAAT TUTUP

 

5. CUFFYMEOW CAFE

Credit by: Instagram - @cuffymeowcatcafe

Ada ketika bila saya mengunjungi kafe kucing, terasa sangat merindui kucing saya di rumah. Apa lah Si Puteh sedang buat di rumah ya? Kalau dapat dibawa kesayangan ke sini, mesti dia gembira! Sekarang anda tidak perlu tinggalkan lagi si tersayang di rumah bersendirian.

Ini adalah kerana Kafe Cuffy Meow membenarkan pencinta kucing untuk bawa bersama kucing anda ke kafe ini. Namun, kucing anda perlu diletakkan pada pengikat (leash) atau beg kucing. Atas faktor kesihatan kucing, kucing para pengunjung tidak dibenarkan untuk berada di dalam kawasan bilik kucing Cuffy Meow.

Di kafe mereka juga menawarkan pelbagai jenis minuman kopi dan teh. Jika kesukaan anda adalah soufflé dan kucing, inilah syurga dunia anda. Keistimewaan mereka adalah soufflé. Kafe ini menawarkan dua jenis bayaran masuk iaitu harga bagi 30 minit adalah RM28 (dewasa) dan RM14 (kanak-kanak bawah 12 tahun). Serta RM68 (dewasa) dan RM34(kanak-kanak bawah 12 tahun) bagi bayaran penuh sehari berserta satu air percuma.

Lokasi  37A, JALAN 16/155C BANDAR BUKIT JALIL, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi Isnin – Jumaat (1 tengah hari sehingga 8 malam)
Sabtu – Ahad (12 tengah hari sehingga 8.30 malam)

 

6. POPPYKAT CAFE

Credit by: Instagram - @poppykatcafe

Sekali pandang, sudah ku tahu ini pasti sedap dan menarik. Betul! Kesedapan Kafe Poppykat sama seperti apa yang dilihat pada posting mereka di Instagram. Hanya dengan tengok gambar saja pun dah terliur. Tidak hairan lah kafe ini mempunyai penarafan bintang yang tinggi di Google Review.

Kafe ini juga membenarkan para pengunjung untuk membawa kucing anda sendiri. Namun,  seperti kafe mesra-kucing yang lain, kucing anda perlu diletakkan di dalam beg kucing atau diikat pada pengikat (leash).

Bayaran masuk tidak dikenakan, tetapi pengunjung perlu berbelanja air atau makanan di kafe mereka, kerana makanan dan minuman adalah pendapatan utama kafe ini. Jika anda berminat untuk mengunjungi, boleh lah ke lokasi berikut:

Lokasi  34A, Nadchatiram St, Taman Taynton View, Kuala Lumpur
Waktu Operasi Isnin – Khamis (10 pagi sehingga 10 malam)
Jumaat – Ahad (10 pagi sehingga 12 tengah malam)

 

Masih mencari hadiah untuk diberi pada rakan berbulu kesayangan anda? Atau sebagai hadiah pada yang lain? Cuba tengok sini, ada hadiah yang paling sesuai untuk diberikan pada mereka, disini.

Related places to discover

Share this places

Facebook

© 2023 Lucas map. All rights reserved.

Lucas Map